cerita dari laluan aku di sipi2 masyarakat.

Wuhu.. dah lama tak update. Asyik di tahap cinta je.. kali ne, topik laen drpd yang len.. aku ne bukanlah perempuan jiwang. Dah naluri aku perempuan. Biase ah.. ok2.. cter dulu dah tutup. Aku nak cter pasal alam mistik. Haha.. mistikla sangat.. hm, cume heran je,kenapa kat dunia ne, masih ada orang yang mempercayai bomoh? Hm.. aku ne bukanlah orang yang arif dengan benda. Entahla samada nak percaya atau tak. Tapi aku sendiri dengar dari empunya badan yang terkena buatan orang neh..
Seram sejuk pun da. Kesian pun ada. Apalah besar sangat faedah yang dia dapat. Hu..
Tapi yang paling buat aku tak puas hati ialah orang yang pakai bomoh tu seorang yang bertudung. Labuh plak tu. Bukanlah nak bukak aib orang. Aku dengar dari orang. Samada betul atau tak, itu aku tak tahu. Tapi, tak mustahil gak. Klu ilmu tu dah cetek, macam-macamla bleh jadi. Buat malu je kaum yang bertudung ne. Macam na nak jadi contoh kat orang yang tak bertudung? Eh, bukan semua macam tu. Segelintir jela. Bukan dalam bab ne, mcm2 lagi. Malas lah nak cakap. Sesiapa yang bakal memasuki alam universiti, hati2 la no.. jangan lah d perburukkan lagi imej kte ne sebagai orang islam. Nauzubillah. Berbalik kepada crita tadi, kesian betul si ibu ne. Dia ne dikenakan si bini muda, madunya sendiri. Macam2 dia kena. Sampai kaki bernanah pun ada. Alhamdulillah, diselamatkan. Kasih sayang Allah tu kan luas. Lebih dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Si ibu tu pernah tanya, kenapa la orang tu buat sampai macam tu skali, ngaji tak pernah tinggal,solat terbongkok2.. dan aku pun jawabla..
Alaa, dia sayang sangat kat suami dia. Tapi dia tak sedar sayang dia tu salah.. huh.. duduk seharian dengan si ibu tu, terasa apa yang dia alami. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sedihnya melihat masyarakat begitu. Mana tangan yang akan datang menghulur bantuan? Apabila di ceritakan tentang kehidupan selepas mati, terpancar dari wajah mereka rasa ingin tahu. Ya Allah, terasa kerdinya diri ini..

Comments

Popular posts from this blog

BANGKIT - menikmati kegagalan -

frame untuk gambar pasport anda!