Posts

Showing posts from January, 2011

yakin dengan diri sendiri

Image
     sambil jejalan blog orang, teruja sungguh tengok hasil blog diorang.. amazing.. terdetik dalam hati..'subhanallah,cantiknya..'..'bestnya cra penyampaian dia'..'macam manela dia bleh terpikir sampai camtu skali'..'betul2'...'setuju!'..'dia pakai softwre ape erk?'..macam2 la yang kluar.. entah ape tah lagi.. teruja tgok hasil2 lukisan shabat2 maya, dalam hati teringin nak jadi camtu. aku ne, al-maklumlah, jiwa seni. suka sangat kat segala jenis art.. tak boleh tgok orang buat art cantek2.. geram, jeles.. huhu.. kekadang, rasa cam nk jdi cm 'dia'(mereka yg pkar seni)..bleh la jugk melukis, mengarang ne,..tapi tkla sepakar mereka yg aku teruja.. skadar hobi.. hurm, terpikir jugak, ada ke, org yang pndai seni tpi tk kreatif? seni ne, perlu kepda pemikiran kreatif ke? kalau takda, tak bleh jadi pelukiis ke? runsing sungguh aku memikirkan. dari kecik lagi aku bercita2 nak jadi pelukis. ada masa dpan ke? sapa kata xda? of coursela ad

manusia dan masaalah

Image
           "berikanku ketabahan dalam menjalani liku kehidupan ini, ya Allah.."          Seringkali manusia merungut hal-hal yang kecil, seolah-olah kesulitan yang dihadapi lebih besar daripada kenikmatan yang di kecapi. Sedarkah kita tentang hal ini? Setiap kali kita ditimpa musibah, kita mengira bahawa musibah itu terlalu besar buat kita. Kita juga mengira bahawa tuhan tidak adil pada kita. Kita merasa musibah itu terlalu berat buat kita.Tapi, sedarkah kita, kirakah kita betapa kenikmatan yang di beri adalah lebih besar daripada kesulitan yang kita rasakan? Sedarkah kita tentang itu?         Al-kisah sering terjadi pada kita di awal pagi, kita merungut apabila dikejutkan ibu tersayang. Hati meronta supaya di beri sedikit waktu lagi untuk tidur. Kita langsung tidak menyedari barangkali kita akan terus tertidur tanpa terjaga lagi. Fikirlah dengan akal, bukan dengan hati. Fikirkah kita, terjaga kita bererti kita di beri peluang lagi untuk bernafas? Pada siapakah sebenarnya

Aku merindukanmu, mujahid cinta

wahai orang yang menyepi dengan kemaksiatan kepada Allah di waktu malam. di lauhul mahfudz segala kejahatan di tulis  dengan pena. dengan kemaksiatan engkau menyepi, sedangkan  Allah melihatmu,.. engkau tidak dapat menyembunyikan dosa-dosamu dariNya. apakah engkau merasa aman terhadap seksaan dariNya? bahagialah yang di waktu malam matanya tidak terpejam. melalui malam dengan risau kerana cinta pada penguasa alam. dalam kerinduan ia berdiri menatap bintang sedang mata Allah tak pernah lengah memandang... wallahi..betapa nikmatnya hidup beriman itu.... AL-FARUQ IBN ZAINUDDIN

kau dan aku

Image
    Dahulu, hidupku hanya untuk dia..  dahulu, kami pernah bersama memandang ke arah bulan dan bercerita dengan riang. ku cuba cari keindahan yang pernah di perkatakan orang. ku terus mencari.. namun secebis bahagia pun tidak ku temui.. saat kami berjalan bersama, berpimpin tangan, ku rasa bangga sekali.. namun, keindahan itu, tidak jua ku temui.. kami bercerita segalanya yang indah belaka.. namun, jauh di dasar hatiku, ku akui bahawa segalanya tidak indah.. namun, ku nafikan ia.. ku pura2 bahagia.. hubungan kami bertahan kira2 empat tahun lamanya.. setiap bulan, kami meraikan ulang tahun hubungan kami.. kami melakukan ape yang manusia kini lakukan.. betapa aku menyedari bahawa betapa bodohnya aku menghambakan diri pada nafsu..      demikian indahnya hubungan kami dengan warna2 syaitan.. masa terus berlalu. jodoh aku, juga jodoh kamu sudah di sediakan di loh mahfuz.. dan suatu petang yang hening, aku telah di beritahu oleh mama dan papaku tentang jodohku yang sudah pun mereka rencana

6 jejaka, 1 rasa

Image
   untungnya ada 6 jejaka, atau dalam erti kata lain, 6 body guard. haha... 6 jejaka yang ku maksudkan bukanlah orang asing dalam hidupku. entah macam mana boleh terfikirkan tajuk ne. hurm, sebab kawan aku cakap, nak menulis berita, isi utama mesti kat atas, kalau karangan biasa, mesti didahului dengan pendahuluan, baru isi utama. mengapa begitu? sebab sahabat aku cakap lagi, berita nak menarik minat orang. orang akan baca berita beberapa perengganje, perenggan last2, orang tinggalkan, sebab tak penting pun. jadi, untuk menarik minat orang, maka terciptalah tajuk "6 jejaka, 1 rasa".. melalut jauh lak.. teruskan membaca..    mungkin ada orang yang pernah mengalami perasaan sebegini. Barangkali mereka yang pandai men'tackle' hati orang pernah mengalami waktu "6 jejaka, 1 rasa"..hurm, tapi aku lain. sebab 6 jejaka ni tersangatlah familiar dengan diriku. ok, terus kepada cerita utama.    Muhammad Ghazali, nama di beri, anak sulong, juga merangkap cucu sulong.