Posts

Showing posts from 2010

sifat wanita syurga

    abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda ; "apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang di sinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."       seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah. wanita yang uli tepung dengan membaca Bismillah akan di berkati Allah rezekinya. wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan baitullah. wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh. Allah akan berkat rezeki apabila wanita memasak dengan zikir. seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13x dari wajah asal. semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi Allah sendiri akan datang berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiq

bahtera kehidupan..

Image
waktu dunia sedang berputar, aku layari bahtera dengan ombak yang menggunung derasnya menghempas sisi bahtera, kadang airnya ombak membanjiri atas bahteraku. bahtera ini,aku yang mengemudikannya, layarnya ku ikat kemas pada tiang keimanan. derasnya ombak menelan penumpang yang tiada punya arah tujuan, anak mataku memandang dari kejauhan. kejamnya aku. seolah aku bersubahat dengan kejahatan ombak. aku tidak memberikan kalian tali ukhuwah yang dikait kemas. tali ini belum benar-benar kukuh. maafkanku.. ada air jernih yang mengair di pipiku, aku pasti,ini bukanlah tempias ombak mahupun rintikan hujan. kalian,pautlah pada dinding bahteramu yang kau kukuhkan dengan ibadahmu, andai dindingmu itu kuat,pastinya kalian tidak di hanyut derasnya ombak. titahkanlah pakaianmu menjaga kehormatanmu.... 

liku kehidupan

Image
di setiap liku yang kita lalui, akan ada onak dan duri, akan muncul kebahagiaan dan kegembiraan, detik masa yang berlalu, tiap jam yang berlalu, bermacam perkara kan kita tempuhi.. derita dan sengsara itu, memberi makna dan warna disetiap liku jalan kenangan..

ku rindu padaMu

Tiada sehari yang berlalu Tanpa ku mengingati Mu Rindu pada Mu Sentiasa mendambakan Kasih dan sayang Mu Semalam aku bermimpi Dalam hujan ku berlari Berlari mencari Memangil-manggil nama Mu Nama Mu yang sempurna Kuharap dan kuberdoa Semoga dapat bersua denganmu [ 1 ] Tiada kata yang dapat ku gambarkan Perasaan yang ku alami Cinta ku ini tiada berbelah bagi Cinta yang suci dan abadi Apakah aku diterima Atau kau kan membiarkan saja Kerana ku berdosa Jangan biarkan ku terhina Ku merayu pada mu

keluargaku bertambah!!!!

Image
lom cukup g neh...tgah tggu kamera siap... walid n maryam..abdul kholiq wa abah...  family ayah long dan mak long... family ayah ngah dan mak ngah...   keluarga ayah teh dan mak teh.....    nu'man pinjam anak orang..haha...tula, len kli kawen cpat2...   all of my family.. 16 orang setakat ne,, along's family, angah's family,  mae's family, nu'man, 'aishah, ahmad,  me!, azam, na'emah and sumaiyah,,,.  ni blum d tmbh dengan saudara mara lagi...huhu... permata hati ayah bonda..(takleh nak duk diam).. cucu pertama tak sabar nak gi solat raya....haha...
Image
raya 2009    mt3 15th gen raya di smktm 2009 raya bersma qila 2009
CINTA ANTARA IMAN DAN HATI A-kisah sebuah percintaan antara IMAN dan HATI, kadang2 hati kering tanpa sinar hidayah daripadaNya oh IMAN, jangan tinggalkan HATI. HATI sayang IMAN andai IMAN pergi tinggalkan HATI, pasti HATI terluka, IMANlah penawar HATI keranamu IMAN, HATI mengenal sang pencipta Yang Maha Pengasih yang telah mengurniakan IMAN pada HATI IMAN, HATI perlukanmu IMAN, YA ALLAH, Kau peliharalah IMANku ini Ya Allah IMANlah sebaik2 teman yang indah sekali buat HATI...

sejarah...

huh...bukan senang nak hadapi ujian yang di beri..susah tu..trikh 26 haribulan 4 sudah menjadi sejarah. hp jatuh lam lubang tandas. haha..kelakar tol. ntahla, cuai kut. dan jadi pengajaran. alhamdulillah yang di tarikNya hp. kalaula di tariknya nikmat iman dan islam, nauzubillah.. entah ape yang akan jadi padaku seumur hidup. huh, tak berbaloi rasanya kalu nak di bandingkan dengan 18 tahun aku buat dosa.kalaulah dengan harga hp tu bleh hapus dosa aku, alhamdulillah..but,bleh ke? kun fayakun. tiada yang mungkin dalam hidup ini. Allah mampu buat apa sahaja. bertahun dalam dosa, Allah masih terus memberi. dah berkali bagi teguran pun masih tetap nak buat dosa. dulu, 20 ramadhan pun jadi sejarah. kipas jatuh atas kepala. tapi masih tak sedar diri. astaghfirullah.. padan muka aku. haha..trok btul. huhu, itulah ujian. Allah tak membiarkan manusia berkata aku telah beriman sebelum di uji. manusia merancang, Allah juga merancang. dan perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan.

manisnya ukhuwah..

alangkah berbahagianya..   bila bersahabat sering menghargai, bila bersama saling menyayangi,   bila terluka saling memaafi, bila keliru tetap memahami, bila terleka kerap menasihati,   bila tersilap terus meneguri,   maka bertambah manis kerana ILAHI...

sahabatku..

   beretikah sahabat di mata kalian? khabarkan aku tentangnya.. padaku,,, dia mengajarku erti hidup yang ku cari dari celah2 masyarakat.. dia bimbing aku saat aku merasa keseorangan.. dia mengajarku tentang takdir, hikmah dan segalanya.. sahabatkah itu? dia hilang saat aku memerlukan.. dia bilang,dia fahami diriku, dia bilang lagi, setiap yang berlaku ada hikmahnya,, suaranya senang tatkala bicara denganku,, dia sedikitpun tidak merasai seraknya tangisanku,, itukah sahabat? dia berusaha menyembunyikan mslhnya daripada pengetahuanku.. dia berkongsi kegembiraannya denganku, tapi tidak pernah berkongsi kesedihannya denganku,, wajarkah itu? itukah yang di panggil sahabat? kabarkan aku bagaimanakah sahabt yang kau kagumi..

tutur bicaramu,sahabatku..

sahabatku...bila engkau bergantung hrp pd mnusia.. bila engkau memuja cinta mnusia bila engkau menunggu sakti cinta hamba.... kau kan...kerap kali kecewa... kerap kali putus asa tatkala takdir x menyebelahi.. kerap kali ptus asa tatkala tlh hlg kuasa goda krp kali tggelam merasai sgsara djiwa.. kerana mnusia... hanya insan biasa.... yg mudah lupa siapa dia.. yg mudah alpa.... yg x berkuasa.. yg terkadang lalai dgn janjinya... TAPI..... jika engkau merasakan ALLAH adlh sgalnnya... timbullh mega sakti dewa cinta... kau akn mersa manusia itu biasa tiada yg gala...tiada apa yg perlu d hrpkn dari nya... hanya secebis cinta peneman ke syurga... untuk menemui DIA... DIA DIA DEWA CINTA... iffahhanna,13 APRIL 2010///12.40 a.m

cerita dari laluan aku di sipi2 masyarakat.

Wuhu.. dah lama tak update. Asyik di tahap cinta je.. kali ne, topik laen drpd yang len.. aku ne bukanlah perempuan jiwang. Dah naluri aku perempuan. Biase ah.. ok2.. cter dulu dah tutup. Aku nak cter pasal alam mistik. Haha.. mistikla sangat.. hm, cume heran je,kenapa kat dunia ne, masih ada orang yang mempercayai bomoh? Hm.. aku ne bukanlah orang yang arif dengan benda. Entahla samada nak percaya atau tak. Tapi aku sendiri dengar dari empunya badan yang terkena buatan orang neh.. Seram sejuk pun da. Kesian pun ada. Apalah besar sangat faedah yang dia dapat. Hu.. Tapi yang paling buat aku tak puas hati ialah orang yang pakai bomoh tu seorang yang bertudung. Labuh plak tu. Bukanlah nak bukak aib orang. Aku dengar dari orang. Samada betul atau tak, itu aku tak tahu. Tapi, tak mustahil gak. Klu ilmu tu dah cetek, macam-macamla bleh jadi. Buat malu je kaum yang bertudung ne. Macam na nak jadi contoh kat orang yang tak bertudung? Eh, bukan semua macam tu. Segelintir jela. Bukan dalam bab