Posts

Showing posts from June, 2011

keinginan

Image
        kadang2, terlintas kat fikiran, lelaki ne, sebenarnya cne erk??? apa yang diorang nak sebenarnya, atau lebih tepat, prangai diorang ne sebenarnya cane erk? ada sesape leh gtaw laki ne cane??? walaupun dalam familyku ne, dah terlampau banyak laki, tapi masih tak dapat nak baca fikiran sebenar diorang..hurm... tell me.....

mesti tengok!!

pandangan seorang lelaki terhadap perempuan

karya hlovate

Image
  amazing..unik sekali cara dia mengolah. hebat. segala puji-pujian di kembalikan kepada pemilik seluruh alam yang menjadikan pemikiran manusia begitu hebat berfikir.lagi hebat pencipta yang menjadikannya. sungguh, tiada kata yang dapat menggambarkan kehebatan DIA, AllAh s.w.t.. tidak akan terjejas walaupun sekuman pun kekuasaanNya jika kita menderhaka kepadaNya. siapalah kita? entah di pandang, entah tidak.     apa yang nak di kongsikan kat sini sebenarnya pasal sebuah novel yang belum pun habis di baca. baru sekerat, tapi rasa cam banyak da dapat. cara dia menulis buat orang berfikir, dan terus berfikir, sampai rasa cam sekarang ne, otak dah jam duk fikir je. huhu.. walaupun sekarang, bak kata nu'man, dah kena berhenti baca novel, da tiba masa tuk baca buku fikrah, tapi tetap gak nak baca. carila novel yang ada bentuk pengisian. tak salah en? hehe.. tertarik dengan cara penyampaian dia, hlovate.. sebenarnya, buku ne, cter pasal kehidupan yang biasa yang di lalui oleh orang bia

think together

Image
sebenarnya dalam hidup ne, apa yang nak kita capai? duit berjuta? kawan sejati? cinta hakiki? impian dan cita2?  puaskah hati dengan kehidupan sekarang? atau masih terasa kosong di hati? hidup ne cuma sementara, masuk pintu depan, kluar pintu belakang, or, jarak waktu antara azan berkumandang dan solat di tunaikan.. cuma sebentar, apakah hari esok akan ada lagi? yakinkah sesaat lagi akan kita lalui? dalam dunia ne, cuma ada dua jalan. baik dan buruk, kita yang menentukan, kita percaya pada syaitan, kita percaya pada neraka, tapi mengapa hati masih mahu ikut jalan bengkang itu? kita percaya pada syurga, tapi mengapa hati masih berkeras tidak mahu tempuhi jalan lurus itu? syurga tidak semudah yang kita impikan, ingat, sebab kita islam, kita boleh free je dapat syurga? mentang2 Allah itu Maha pengasih, suka2 nak taubat akhir hidup? ingat, dengan pahala yang sekangkang kera tu boleh tanggung dosa yang bertimbun? bangunlah, kita tak lama di sini. cuma sebentar... cuma sebentar... cuma seben

hambaMu

Image
  ke arah satu perjalanan, dalam sebuah kehidupan, demi untuk mengecapi, hasrat murni di dalam hati. usaha dengan doa masanya akan tiba dengan restu Ilahi, kelak pasti akan di temui, suluhkan cahaya di hati terang, tunjukkan jalan seandainya hilang, tegakkan perjalanan, yang bakal di tempuh, tegakkan semangat bila runtuh, setibanya di sisiMu ku berserah, terimalah ku, hambaMu Allah. hambaMu Allah.... sekiranya takdir menguji, cekalkanlah hasrat di hati, semoga kesusahan bisa, mengajar erti terus azam. usaha dengan doa masanya akan tiba dengan restu Ilahi, kelak pasti akan di temui, suluhkan cahaya di hati terang, tunjukkan jalan seandainya hilang, tegakkan perjalanan, yang bakal di tempuh, tegakkan semangat bila runtuh, setibanya di sisimu ku berserah, terimalah ku, hambaMu Allah. Allah Ya Allah, dengan restu Ilahi, kelak pasti akan di temui. suluhkan cahaya di hati terang, tunjukkan jalan seandainya hilang, tegakkan perjalanan, yang bakal di tempuh, tegakkan semangat bi

kotak sejarah

   tengahari tadi, sedang asyik mengemas bilik, terdetik hati nak bukak semula kotak lama, yang penuh sejarah. macam2 yang tersimpan. beberapa helai kertas yang tak nak lagi ku simpan(tiada kepentingan), ku ronyok dan ku buang serta merta. namun, ada sehelai kertas yang tak jadi untuk ku buang. ku belek kertas tu, sepantas kilat, otk ligat berfikir tentang apa yang berlaku. ada tulisan di atas kertas tersebut, yang berbunyi,       "sofia, pesan pada diri, jangan biasakan diri dengan maksiat kecil walaupun dengan miskol 1 saat..kerana dari situlah lahirnya anak yang tak di undang"...ayat tu sebenarnya msg daripada iffahhanna.       ya, btul apa yang dia katakan. mula2,, miskol je, pastu msg, pastu kol, pastu jumpa. mula2 jumpa dengan kawan, lama2 jumpa berdua.. dan hanya kerana 1 miskol je, boleh mengundang anak yang tak di undang. sudahla tak di undang, tapi mau juga buat alamat mengundang perkara yang tak di undang tersebut. fikir2kanlah...

puisi kecil

segusar rasa menjengah di hati, runtun pilu membukam sanubari, doa di panjatkan saban hari, hanya segelintir resah yang pergi,  ah, apakah mungkin dosaku takkan di ampuni? kenapa?? kian berpanjangan.. takkan hilang debu kekotoran.. andai aku bisa putar masa, pasti kegusara takkan tercipta, buat selamanya... ruhiyatun..

POHON SEMALU DAN MUSLIMAH

Image
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.a.  setibanya mereka berdua bawah sebatang pohon tamar, fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan nada tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkujt. Rasulullah menyambung kata2nya lagi para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek: pertama,  pohon semalu akan kuncup apabila di sentuh. ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya). kedua,  semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan dirinya dan maruah sebagai seorang wanita muslim. ketiga,  semalu juga mempunyai akar tunjang yang kuat dan mencengkam bumi. ini bermakna wani

persahabatan

Image
Persahabatan, ia lebih sukar dari ADD MATHS, lebih rumit dari FIZIK, lebih susah dari BIOLOGY, lebih payah dari AKAUN, tapi persahabatan tak sebosan SEJARAH, jadi kita pastikan mesti ada CHEMISTRY antara kta, barulah persahabatan dapat difahami kerana persahabatan itu SEINDAH PENDIDIKAN ISLAM..

the best day!!

Image
  love you all... m0ga redha Allah sntiasa mengiringi kita.. amen..

percintaan vs persahabatan

Image
sebuah persahabatan itu lebih indah daripada sebuah percintaan, jika aku, berada dalam sebuah percintaan, aku cuma ingin kau lihat senyumanku, aku cuma ingin kau lihat kebahagiaanku bersamamu, aku tak ingin kau lihat tangisanku, aku ingin segalanya indah.. aku mahu menjadi bidadari di hatimu, terus tersenyum dan ketawa, percintaan ini, aku cuma mahu kau mengambil berat tentangku, mahu kau menjadi milikku sepenuhnya, mahu kau tahu sikap cemburuku ini, tapi, jika aku berada dalam sebuah persahabatan, aku mahu menjadi diriku seadanya, mahu kau lihat tangisanku, mahu kau lihat diriku yang hina, mahu kau lihat hati kecilku yang berduka,, aku tak ingin menjadi orang lain, persahabatan dan percintaan ini, ada pertemuan, ada jua perpisahan, pertemuan membahagiakan, perpisahan itu mendera.. aku mahu kedua2nya dalam satu.. bercinta dan bersahabat denganmu kau sahabat terbaikku, bila ku berada dalam orang ramai, kanku rasakan kau turut bersama, meskipun kau tidak ada. tidak sekali ku ingin