kasih seorang ayah

Dah 6 hari ma berada di kota makah,menunaikan umrah. Sudah 6 hari juga kami berbuka puasa tanpa ibu. Suasana berbuka begitu sunyi. Tapi,banyak yang dapat aku belajar sepanjang ketiadaan ibu sekaligus mendidik aku menjadi seorang ibu meski hanya sebentar cuma. Yang paling menyentuh hatiku, pabila ayahku yang terkenal dengan ketegasannya begitu prihatin terhadap anak-anaknya.
Hari ke-2 berpuasa, ayah pulang bersama 2 beg plastik yang penuh berisi daging. Beg itu bertukar tangan. Daging itu bakal menjadi lauk berbuka puasa kami pada hari itu. Tau ape yang aku fikir? 'macam mane abah nak makan daging?abah kan tak boleh makan daging..' Abah menghidap gout(sakit kaki). Banyak pantang larangnya. Dye tetap berkeras mahu masak sup daging. Katanya, sumaiyah suka makan yang ada kuah. Ya Allah,sampai ke situ dye fikir, walaupun dye tau dye tak boleh makan daging,dye tetap nak buat. Semata2 untuk anak2nya. aku pun tak pernah tau adik aku suka makan yang ada kuah.
Petang tu, aku buat jugak sup daging seperti yang di mintanya. Dengan bantuannya,sup pun siapla. Semuanya atas tunjuk ajarnya. Sebenarnya, aku tak berapa pandai bab2 memasak ne. hi3. Teruk betul anak perempuan sorang ne. Haritu,kami makan sup tu je. Abah pun dah takde pilihan, dye cuma ambil kuahnya saje. Sedihnye hati tak terkata. Kesian abah. Abah siap suruh kami tambah lagi. Abah tanya kami, "boleh tak abah jual sup?" Kami tersenyum.
Hari isnin, abah ajak kami buat kuih tikam lompat. Adik2 pun tolongla abah. Yang seronoknya, habis bersepah meja dengan tepung. Kami anak beranak tersenyum. Kalaulah ma ada waktu tu, pasti meja tak bersepah. Mane taknya, adik2 turut campur tangan, memangla bersepah.. Dah siap lapisan bawah, tiba giliran untuk buat lapisan atas. Aku mengmbil alih tugas mereka. Tetiba, kuali aku termasuk dalam kuih abah. Ya Allah, teruknya aku. Fikirku, abah pasti marah. Tapi nak wat cane, kuali tu panas, terjatuh plak. Tapi, lain yang terjadi. Abah langsung tak marah. Abah tersenyum, kemudian dye ketawa. Aku turut tersenyum. Kata abah, "takpe, first time buat memang tak perfect, lepas ne boleh buat lagi." Lebih kurangla dye cakap camtu. Aku mengangguk. Malu ada, kesian ada, sedih ada, lucu pun ada. Macam2.
Esoknya, kami berbuka puasa di rumah kakak ipar di Puchong. Sayangnya, abah tak dapat ikut. Sebabnya, malam tu abah ada program. Di rumah kakak ipar, aku mesej abah. 'Abah masak ape?' Abah balas, 'abah bukak kat umah pakcik zaaba'. Ada program di rumah pakcik agaknya, fikirku. Malam tu, abah mesej lagi, dye suruh aku telifon dye esok pagi waktu sahur. Malangnya, mesej abah masuk lambat. Kesian abah. Pagi tu, abah tak sahur. Kebiasaanya, abah akan pulang lewat kerana program selalunya akan habis lewat. Kata abah, abah tak tak sempat nak set jam.
Tengahari tu, kakak iparku mengajak abahku berbuka bersama kami di rumahnya. Tapi, kata abah, abah sakit kaki, tak boleh bawak kereta. Kesian abah. Akhirnya, perancangan di tukar. Kami yang akan pulang berbuka puasa bersama abah.
Petang tu, kakak ipar dan abangku menghantar kami pulang. Makanan berbuka sudah siap dimasak hasil tangan kakak iparku. Kami bertolak dalam pukul 5.00 petang selepas kepulangan abang dari kerja. Malangnya, jalanraya sangat sesak. Kira2 pukul 7.00, kesesakan mula surut. Alhamdulillah. Azan maghrib sudah pun berkumandang. Sesampai sahaja kami di muka pintu lif, kami terus berbuka berbekalkan kerepek yang ada dalam bonet kereta.
Sesampai sahaja kami di rumah, abah sudah selesai menunaikan solat maghrib. Kami lekas2 menunaikan kewajipan kami yang masih tertangguh sementara menunggu lauk pauk di hidangkan. Tentu abah berbuka hanya dengan beberapa biji kurma dan segelas air memandangkan lauk pauk yang dibawa kami terlambat sampai. Sekali lagi berlaku adegan yang menyentuh hatiku. Abah hanya makan ikan dan nasi kerana semua lauk pauk yang menjadi santapan kami merupakan makanan pantang larangnya. Kesian abah. Sudahla tidak bersahur, berbuka pula hanya dengan ikan. Kerana terlalu kasihkan abah, aku masakkan abah seketul ayam. Tapi, abah langsung tak menjamahnya, bahkan menyuruh kami yang menjamahnya. Kasihnya abah terhadap kami. Akan tetapi, kami langsung tidak menyentuhnya semata-mata ingin abah sendiri yang memakannya. Abah tetap dengan pendiriannya. Akhirnya, seketul daging itu tersimpan hingga ke hari esoknya. Kasihnya abah pada kami...
Ya Allah, mulianya hati seorang bapa. Setiap pagi abah menyediakan sahur buat kami semua. Kadang2 sampai dirinya sendiri tidak menjamah apa2 semata2 ingin melihat kami semua bersahur. Aku menjadi malu sendiri. Tulusnya hati abah. Syukur Alhamdulillah kerna dikurniakan seorang abah yang mempunyai hati sepertinya. Saayang ABAAH...

Comments

Popular posts from this blog

BANGKIT - menikmati kegagalan -

frame untuk gambar pasport anda!