couple tu, perlu ke?

 dedikasi buat sahabtku yang sedang berjuang dengan perasaan sendiri.
Kahwin tu bukan macam main masak2, macam time kecik2 dulu. ‘bang,amek anak kat tadika..’si abang pun kelam kabut pergi amek teddy bear kat dalam rumah, yang dijaga oleh emak. ‘yang, masak sayur ape hari ne?’ si isteri pun jawab, ‘masak sayurla. Apa2 sayur je.’sambil tangan ligat mengacau rumput dalam bekas mainan. Kahwin ne seumur hidup. Banyak dugaan. Cinta tu, bukan selalu naik. Si isteri kena pandai ambil hati suami. Kalau si isteri asyik pakai kain batik selalu, muka bertompok bedak sejuk, rambut serabai, mana taknya laki lari. Hm, agaknya, sebab ne la kot ramai manusia tak nak kawin. susah kot. Tapi, tak jugk. Bnyak sangat kemungkinan. Ada yang pikir, cukupla setakat couple. Amboi... Bukan main bahagia lagi kalau bercinta. Tapi kalau kahwin, bukan main susah lagi nak jaga. 

Aku selalu tertanya2, nape couple ne perlu kpada sesetengah orang? Sebab ape sbnarnya couple ne? Couple sebab nak kahwin ke? Tapi aku tengok, orang couple ne, tak semestinya kawin ngan orang yang dia couple. Couple ne, bukan bleh buat bahagia seumur hidup ngan dia. Couple ne, bukan selalu bawa ke jinjang pelamin pun. Ada ke? Susah nak jumpa orang yang couple, pastu kawin, pastu bahagia selamanya. Ish! Susah sangat nak jumpa. Jadi, buat  ape la couple? Sudahla terang2an kta nmpak akibatnya. Tak taula anda Nampak ape. Mgkin anda nmpak haram. Mungkin bagi yang frust, nmpak tak berguna pun couple ne! Terpulang pada kefahaman anda la. 

Dan lagi satu, couple ne wat sakit hati je. kena pertimbangkan hati dan perasaan dia la. Di tinggalkan la. hm, aku suka amek benda yang mudah. Dah kalau ‘benda’ tu tak boleh, knpa nak buat jugak? Nnti, tak ke memakan diri kita jugak? Kalau orang tak nak kat kita, napa kita masih nak kat dia? Udah2 la tu. Kalau orang tu, kta rasa dia terlalu baik tuk kita, napa kita tak berusaha tuk jadi baik untuk dia? Owh, kalau kes orang tak nak kat kita, memang susah nak lupakan dia. Tapi,belajarla untuk melupakan. Memang sangat pahit. First2, memangla pahit. Lama2 nty, Insyaalh manis. Allah tak bagi apa yang kita mahukan. Tapi Dia bagi apa yang kita perlukan.kita tak perlukan orang tu, tapi kita perlukan Allah dalam hidup kita..
                ‘Hakikat’ , dulu, aku tak suka. sangat tak suka! Sakit. Perit. Lagi2 kalau terpaksa buat apa yang kita tak suka. Memangla, spe la yang suka. Tapi, dari perkara pahit tu la, aku belajar banyak perkara. Belajar untuk hidup berjauhan. Waktu hujan guruh, kita sebok mencari matahari, tapi Allah tak bagi, tapi Dia hadiahkan kita dengan pelangi. Ujian tu banyak mengajar kita supaya terus matang. Bangunlah! Jangan kalah dengan cinta. 


                Jangan main2 dengan cinta. Cinta tu ada kuasa dari Yang Maha Kuasa. Hati2 dengan cinta. Cintailah Pencipta yang mencipta cinta. Cintalah pada yang sepatutnya... bak kata makku, nak buat apa2, ikut kefahaman. Kalau kita tau bnda tu slah, jgn buat. Kalau bnda tu kita rasa btul, buat. Tpi, kdang2 di lubuk hati cakap bnda tu slah, kta msih nak buat. Itula suara hidayah. Jgan biarkan ia berlalu. Kelak kita akan kecewa, sebab tak mungkin dan tak selalu hati kecil kita bersuara. Jadi, berfikirlah pabila waktu hati kecil kita bersuara. biarlah cinta itu hidup dalam hati kita..
                Orang takda couple ne, selalu dipandang pelik. Berbahagialah orang yang berada dalam keadaan dagang. Macam zaman Rasulullah, orang2 yang dipandang pelik oleh kaum musyrikin itulah bahagia di sisi Tuhannya.

Comments

Popular posts from this blog

BANGKIT - menikmati kegagalan -

frame untuk gambar pasport anda!