Where should i start ye. Taip padam taip padam taip dannnn padam. Tak tahu nak mula macamna dan dimana. Adakah yang sudi membaca perkongsian yang tak seberapa ni. Huh! Bismillah…. Ok jom mula dari zaman kebangkitan. Bila baca semula post-post lama, masyAllah, inikah aku. Aduhh. Tak apa la. That’s me yang tak matang sangat. Tak kata yang sekarang ni matang, tapi cukuplah diri yang sekarang ini sudah terlalu banyak lalui pelbagai perkara. Semua yang pernah terjadi dalam hidup ini. I would really thank Allah for giving me an opportunity to fell and wake up from failure. Aku sangat berterima kasih atas pengajaran-pengajaran, kejatuhan, kekuatan-kekuatan dan kebangkitan di masa lalu. aku pegang pada kata-kata bang Tere Liye, peluklah semuaaaa kesakitan itu. Betul apa orang cakap, kita takkan tahu selagi kita belum lalui, rasa dan cuba. Seandainya aku tidak bangkit dari sebuah pengharapan yang menggunung tinggi kepada manusia, aku mungkin bukanlah aku yang sekarang. Sungguh!...
saat aku terjatuh pada cinta manusia, ada tangan yang datang menghulur, sungguh aku lelah dengan cinta ini, sungguh aku letih dengan cinta ini, dia, lelaki yang aku hormat akan keimanannya, lelaki yang aku bangga dengan kecintaannya pada Rabbnya.. sungguh ku katakan, bukan senang untuk memandu cinta ini, semua memandangnya dengan seribu perasaan hormat. sungguh dia terlalu baik untukku, pengunduran diriku ini bukan kerana sudah letih menunggu cinta berbalas, tapi kerana aku tidak layak untuknya, ya Allah, andainya cintaku ini ku salurkan pada tempat yang salah, tegurlah aku, berilah peringatan buatku. ya Allah, sungguh susah, sukar, payah untuk membuang dia dari hati ini. sungguh perit tuk melupaknnya. kuatkan aku berjuang dengan perasaanku ini..
ok, sekarang aku sudah menjangkau angka 2... DUA?? aku perlu lebih matang dalam segala hal..mampukah aku? peningkatan umur kadang buat orang bahagia kerana merasakan dirinya telah dewasa, dan mampu buat apa sahaja.. kalau orang kata 'kita mati bila tua..dah tua karang, barula taubat..' statement yang confirm semua orang akan patahkan dengan hujah masing2.. well, if you think so, so, agak2 kalau anda mati pada umur 40, pada waktu umur 20 la anda perlu bertaubat, right? sebab dari umur anda setahun jagung sampaila anda umur 20, kemungkinan besar anda telah kumpulkan begitu banyak dosa sampai anda mengatakan bahawa kematian anda pada hari tua.. cukupla kot 20 tahun berdosa kemudian 20 tahun lagi utk bertaubat.. cukup ke agak2 anda? owh, sebenarnya, ia untuk diri sendiri.. umur dah 20 tahun, tapi bila difikir2kan, dah 20 tahun berlalu..dengan apa 20 tahun itu aku isi? dosa? pahala? hanya Allah yang tahu, juga diriku.. so, kawan2 yang rasa masih ingin enjoy dengan umur yang hanya me...
Comments