FACE IT

Ketakutan? Semua orang ada ketakutan masing-masing. Hal-hal yang kita tak suka pun banyak. Banyakkk sangat dulu benda-benda yang aku tak suka. Aku tak suka benda-benda lasak, boleh kata benci sangat-sangat la. Rasa macam, oh my please laaaa. Kalau ada outdoor activitiy memang aku takkan join. Serius tak minat. Tak faham pun dengan perangai sendiri time tu. Tapi perlahan cuba aktiviti lasak, PAKSA DIRI untuk buat. Cuba dan paksa sehabis daya melawan semuaaaa ketakutan dan kebencian ni. Terkadang, kelemahan kita itulah sebenarnya kekuatan kita.  
escape park ni memang outdoor activity.
Hentam saja time ni apa nak jadi. Semua game aku taram. Tak peduli kena terjun dari tempat tinggi. i want to prove to myself yang aku mampu sebenarnya hadapi benda-benda aku tak suka ni (macam aku cuba lepaskan dia dulu). and i did it! imagine you do something you hate the most.
Second thing ialah aku tak suka duduk dalam keramaian manusia. Rasa sesak. Rasa macam, Ya Allah, kenapa ramai sangat manusia kat bumi ni. Bila ada keramaian je mesti mengelak. memang anti social. kalau tanya aku pasal orang-orang time sekolah menengah, aku hanya ingat budak-budak kelas je. akak-akak ke, adik-adik-adik ke, memang aku tak ambik tahu langsung. haha. tak ambil port langsung pasal life orang. but, perlahan aku cuba bersosial, join event2 besar, berjumpa dengan ramai orang. Dan barulah aku tahu ujian hidup aku ni tak sebesar ujian mereka-mereka. barulah aku belajar dari pengalaman-pengalaman orang.

Tapi slowly sedar dalam hidup ni sebenarnya banyak sangat Allah hadirkan perasaan tak suka itu ini, tapi Dia juga yang seiringkan perasaan tak suka dengan melawan semula semuaaaa ketakutan dan kebencian ini. Sungguh! Kadang semua tu mind setting kita je.

peluklahhhh semua ketakutan kita. dan suatu hari kita akan tersenyum mengingatnya kembali. Terima kasih atas semua masa lalu.....

Comments

Popular posts from this blog

frame untuk gambar pasport anda!

BANGKIT - menikmati kegagalan -