manusia dan masaalah

         
 "berikanku ketabahan dalam menjalani liku kehidupan ini, ya Allah.."

         Seringkali manusia merungut hal-hal yang kecil, seolah-olah kesulitan yang dihadapi lebih besar daripada kenikmatan yang di kecapi. Sedarkah kita tentang hal ini? Setiap kali kita ditimpa musibah, kita mengira bahawa musibah itu terlalu besar buat kita. Kita juga mengira bahawa tuhan tidak adil pada kita. Kita merasa musibah itu terlalu berat buat kita.Tapi, sedarkah kita, kirakah kita betapa kenikmatan yang di beri adalah lebih besar daripada kesulitan yang kita rasakan? Sedarkah kita tentang itu?

        Al-kisah sering terjadi pada kita di awal pagi, kita merungut apabila dikejutkan ibu tersayang. Hati meronta supaya di beri sedikit waktu lagi untuk tidur. Kita langsung tidak menyedari barangkali kita akan terus tertidur tanpa terjaga lagi. Fikirlah dengan akal, bukan dengan hati. Fikirkah kita, terjaga kita bererti kita di beri peluang lagi untuk bernafas? Pada siapakah sebenarnya kita merungut? Pada siapakah sebenarnya kita mengeluh? Kejamnya kita.

        Dahulu kala,pernah aku merungut kerana di uji dengan sakit kepala yang teramat. Lalu aku meminta sahabatku untuk memicit kepalaku dengan mulutku yang terus mengomel. Lalu, sahabatku bertanya, 
    "sejak bilakah keadaan kau dalam kesakitan ini?"  
    lalu aku mengatakan bahawa sejak semalam LAGI. Sahabatku bertanya lagi,  
    "berapa lamakah telah kau hirup udara percuma ini?" aku jadi hairan dengan persoalannya. Aku pun jawab tanpa perasaan. 
    "sejak aku di lahirkan la." 
    Sahabatku meneruskan kata-katanya. 
    "adakah cukup kesakitan yang kau rasai sejak semalam ini dapat membayar udara yang di beri tuhan pada kau selama berpuluh-puluh tahun kau hidup?" 
    "tentulah tak cukup." jawabku penuh kesal di hati. 
    "sahabatku,moga Allah mengampuni kita." aku mengangguk lemah.

terima kasih buat sahabatku, Basyirah ridzuan, kerana beliau lah yang memberi cetusan idea kepadaku untuk mencoret kisah ini. oleh itu sahabatku sekalian, ingatlah kenikmatan yang kau dapat, bukan mengungkit kesengsaraan yang kau terima. dan andainya kalian terjaga di tengah malam, mahupun di awal subuh, segeralah bangun kerana barangkali keterjagaan kalian adalah yang terakhir kalinya. namun, amat susah sekali untuk memujuk hati yang sarat dengan kecintaan dunia ini untuk menegangkan mata di malam hari. moga Allah memberi kita kekuatan. kerana kekuatan kehidupan adalah pada tahajud kita. coretan ini untuk diriku jua. wallahualam..

Comments

Popular posts from this blog

BANGKIT - menikmati kegagalan -

frame untuk gambar pasport anda!