kau dan aku

    Dahulu, hidupku hanya untuk dia..  dahulu, kami pernah bersama memandang ke arah bulan dan bercerita dengan riang. ku cuba cari keindahan yang pernah di perkatakan orang. ku terus mencari.. namun secebis bahagia pun tidak ku temui.. saat kami berjalan bersama, berpimpin tangan, ku rasa bangga sekali.. namun, keindahan itu, tidak jua ku temui.. kami bercerita segalanya yang indah belaka.. namun, jauh di dasar hatiku, ku akui bahawa segalanya tidak indah.. namun, ku nafikan ia.. ku pura2 bahagia.. hubungan kami bertahan kira2 empat tahun lamanya.. setiap bulan, kami meraikan ulang tahun hubungan kami.. kami melakukan ape yang manusia kini lakukan.. betapa aku menyedari bahawa betapa bodohnya aku menghambakan diri pada nafsu..

     demikian indahnya hubungan kami dengan warna2 syaitan.. masa terus berlalu. jodoh aku, juga jodoh kamu sudah di sediakan di loh mahfuz.. dan suatu petang yang hening, aku telah di beritahu oleh mama dan papaku tentang jodohku yang sudah pun mereka rencanakan.. dan aku ketika itu sedang menunggu peperiksaan akhir aku di london.. dengan kuasa Alllah, aku berjaya menamatkan pelajaranku dengan senyuman yang tak dapat aku tahan.. sesampai sahaja aku di malaysia, kaum kerabatku sudah menunggu aku di lapangan terbang. london, banyak mengubah aku. siapa bilang ingin  menjaga iman itu senang??

    aku pulang dengan watak yang sangat berbeza. dahulu, aku remaja nakal dan sekarang kenakalanku semakin menjadi2 jadi.. apatah lagi apabila berada di luar dari jagaan ibu bapa.. sepulangnya aku, perkahwinanku di percepatkan.. mataku terbeliak saat memandang bakal suamiku. alangkah terkejutnya aku. saat itu, ku rasa diriku terlalu kerdil untuk menerima lelaki sebaik dia. sebelum perkahwinan itu berlangsung, aku terlebih dahulu memutuskan semua hubunganku dengan mana2 lelaki. kebosananku melimpah ruah saat kata2 manis mereka hamburkan. dan aku tekad untuk mengakhiri masa bujangku dengan menerima lamaran lelaki yang dalam beberapa saat lagi akan menjadi suamiku..

   hidup kami ku jalani seperti biasa. banyak yang ku belajar darinya. solat yang ku tinggal, kini ku penuhi. dan suatu masa saat ku bersiap untuk tidur, dia mengajakku untuk berbual di ruang atas yang hanya berbumbungkan langit..masya Allah, indah sekali ku rasakan..angin terasa bagai menyapa kami. tangannya memegang tanganku. aku melihat wajahnya. 'kau berhak dapat yang lebih baik daripada aku. tapi mengapa aku yang kau pilih?' kata-kata itu hanya kedengaran di mindaku.
       "ada yang perlu awak tahu tentang diri saya", dia memulakan bicara. matanya yang hitam pekat itu ku tenung sedalam-dalamnya. terdengar keluhan perlahan darinya.
       "apa?sebelum tu, bolehkah saya bertanya? mengapa awak memilih saya? sedangkan awak sendiri dapat lihat saya ini bagaimana orangnya.?" aku bertanya soalan yang sudah lama ingin aku tahu jawapannya.
      "kerana awak adalah saya, dan saya adalah awak."
      "maksud awak?" aku jadi kebingungan.      "sebelum tu, saya mohon maaf dan mohon agar awak tidak tinggalkan saya seandainya saya beritahu tentang diri saya." saya cuma mengangguk perlahan. rasa ingin tahu meluap-luap, sehingga tidak menyedari bahawa saya sudah menerima permohonannya.
      "saya pernah berzina."aku terkedu. saat itu juga aku menangis. dengan tersedu sedan, aku menghabarkan sesuatu yang dia juga perlu tahu sejak dulu.
      "benarlah kata-kata Allah, bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan laki-laki yang jahat untuk perempuan2 yang jahat...." aku menarik nafas panjang dan meneruskan bicaraku. "...aku juga pernah berzina.. maafkanku..." dia menggenggam jemariku. dan menarik aku ke dalam pelukannya.
      "dan kita di jodohkan sesuai dengan janji Allah.." aku terus menangis dalam pelukannya kerana terharu yang teramat sangat... terima kasih Ya Allah...




Comments

Menusuk Hati said…
setiap anak adam yg dilahirkan tentu tak terlepas dpd zina..maka,awak n saya pun pernah berzina..stj?
sinarharapan said…
mksudnya??zina hati,duk teringt seseorg smpi mlebihi mengingati Allah.. zina mata,tengok pkara yg mungkar.zina tangan,buat bnda tak elok. zina kaki, pergi ke tmpt mksiat. mcam2 zina. tpi tak rmai yg amek tau.. kita pn,dlm tk sedr,kta pn pnah mlakukn zina.itu ke mksud anda??

Popular posts from this blog

BANGKIT - menikmati kegagalan -

frame untuk gambar pasport anda!