6 jejaka, 1 rasa

   untungnya ada 6 jejaka, atau dalam erti kata lain, 6 body guard. haha... 6 jejaka yang ku maksudkan bukanlah orang asing dalam hidupku. entah macam mana boleh terfikirkan tajuk ne. hurm, sebab kawan aku cakap, nak menulis berita, isi utama mesti kat atas, kalau karangan biasa, mesti didahului dengan pendahuluan, baru isi utama. mengapa begitu? sebab sahabat aku cakap lagi, berita nak menarik minat orang. orang akan baca berita beberapa perengganje, perenggan last2, orang tinggalkan, sebab tak penting pun. jadi, untuk menarik minat orang, maka terciptalah tajuk "6 jejaka, 1 rasa".. melalut jauh lak.. teruskan membaca..
   mungkin ada orang yang pernah mengalami perasaan sebegini. Barangkali mereka yang pandai men'tackle' hati orang pernah mengalami waktu "6 jejaka, 1 rasa"..hurm, tapi aku lain. sebab 6 jejaka ni tersangatlah familiar dengan diriku. ok, terus kepada cerita utama.

   Muhammad Ghazali, nama di beri, anak sulong, juga merangkap cucu sulong. ada suatu ketika yang membuatku terharu. dahulu kala, waktu HIMEGA di UKM, telah berlaku suatu peristiwa yang tak di sngka-sangka. huhu, hpku di telan sebuah lubang yang menjadi tempat melabur para manusia sekalian warga UKM. nsedihnya tak terkata, kerana hp tu hp pertama yang ku miliki. tanpa rasa geli sedikitpun, aku memanjangkan lenganku untuk mencapainya. malangnya, lubang tersebut terlalu dalam. pada mulanya, menangis juga aku di buatnya bertemankan sahabatku, Nabilah Kamal. ku tabahkan diri menerima hakikat yang aku tak mungkin akan mendapatkan kembali hp ku itu. air mata yang mengalir ku seka dengan hujung tudungku. sebelum pulang, aku terserempak dengan jejaka ini, dengan segera aku menyalami dan mencium tangannya tanda hormat. aku mengambil posisi di sebelahnya. secara tak sengaja, aku menceritakan tragedi yang berlaku pada hpku. dengan nada terkejut, dia bertanya, 'cane bleh berlaku?' dengan tidak semena-mena, air mataku merembas keluar. ah! malu, tapi itu yang terjadi. dia mengusap belakangku, menenangkan emosiku. "sabarlah, ada yang lebih baik Allah nak bagi tu. manela tau dapat hp yang lebih baik.." aku cuba tuk tersenyum. tapi air mata terus merembas keluar. ksedihan sudah berkurang, air mata ini kerana keharuan atas pujukannya. TERIMA KASIH ALONG...

        jejaka kedua di beri nama Abdul Rahman. hm, yang ne straight je. bukan apa, dia tak habis2 suruh aku berjaga2 dengan lelaki. walaupun dah berkali aku yakinkan yang aku takkan ada apa2 dengan laki, dia masih trus nasihat. katanya, "tak payah nak bercinta sekarang ne. buat susah je. waktu bercinta sume nampak indah, kentut pun wangi. tapi ble dah clash, nanti mula la nak jaja gambar kita. laki bukan leh caya. laki ne jahat je.." adui..banyak lagi sebnrnya. tapi, aku taw, dia bukan suka2 ckap camtu. dan berkali ku ulang ayat yang sama.. "iye angah.." apepun, TERIMA KASIH ANGAH...
 me and angah..

      jejaka seterusnya..
  
     ismail najmuddin atau lebih di kenali dengan panggilan mae. pernah juga, suatu ktika dlu, aku menangis di hadapannya kerana knfius nak blik rumah siapa. time tu form2.kcik gi..tak matang lgi.. dia datang jenguk kmi, waktu tu hujung mggu. dia ktawa perlahan dan memujukku. "alaa...senang je. yah tanya kawan yah, kalau yah balik rumah diorang, diorang nak masak apa? kalu sedap, yah blikla rumah kawan yah yang masak sedap tu.. ha, kan senang.." dalam tangisan, aku ketawa. tak patut betul. dua2 hati kawan tu, aku nak jaga. dua2 ajak blik rumah diorang. mane tak sedih..huhu..bleh plak dia wat lawk ntah pape..apepun, dia(mae), menyenangkan hatiku. TERIMA KASIH MAE..



       nu'man, yang ke berapa tah.. yang ne lagi sporting. tak berkira sangat dalam hal duet ne. sebab dia pun masih membujang. jadi, kemana sangatlah duet dia kalu bukan kepada ma dan abah. jadi, kmi adik2 pun ingin juga menumpang. hehe, jgn marah bro.. tahun 2009, sambut birthday aku kat kL, dgan rakan dan sdara di bangi. tup-tup, dapat makn percuma. bukan calang2 kek tu. secret recipe tu.. bukannya sepotong, tapi sebulat kek tu. ape nama tah,, ha, namenya, Capuccino Cheese Cake... sedap yang teramat. gambar nk post xda, sbb dh msuk lubg jmban(dlm phne). favorite tu.. sape yang belanja? nu'man jugak.. TERIMA KASIH NU'MAN...
secret recipe...
capuccino cheese cake

       ada lagi2 orang.. yang ne plak namanya Ahmad. baik ke? taklah baik sangat. hehe..xla.. baikla jugak. pakar math. ada soalan pape je pasal math, msti dia bleh jawab. hm,pnah aku ngadu kat dia pasal aku tak bleh nak bawak math. pastu, dengan semangatnya, dia pun nasihat aku. "yah, amad pun dulu benci dengan english, ngan sejarah. tapi ble masuk 'u' , 100% amad kne blajar dalam english. nak buat macmna lagi? nak tak nak, amad kne blajar jugak. yah bleh sebenarnya, tapi amad tau, nak paham subjek yang kita tak suka, bukan senang. plukan masa. takpela, yah cuba perlahn2. tak semestiya sume subjek kita dapat A, msti ada gak yang akan down. cuba sehabis mungkin. buat ikut kemampuan. benda biasa la tu.." hurm gitula katanya. dan antara sebabnya aku masih ada dalam kos gila math ne. anyway, TERIMA KASIH AMAD.. 
 Math, math, math, math...........
2+2=4...
      
        yang terakhir... tembam2 orangnya, comel2 orangnya. dah besar rupanya yang sorang ne. dulu, main ntah pape je. sekarang dah matured(skit jela kowt).. huhu.. dialah stu2nya adik lelaki ku. tu yang sayang sagt tu. dialah manusia yang salu gak la aku cter skit2 sal pribadi aku. itupun time sekola rendah dlu. skarag da tak sangat.. apepun, TERIMA KASIH ADIK..., eh, Abdullah Azam.. 
adikku...
maka, tamatlah sudah ceritaku ini. 6 jejaka, 1 rasa.. rasa berterima kasih pada kalian. makasih semuanya...

       

Comments

.::: mr IQ :::. said…
Azzam plg comel skali... hahaha
Anonymous said…
terharunyer...bangga pun ade.heheheheeeeee.nape gmbr nu'man xde?best2.

Popular posts from this blog

BANGKIT - menikmati kegagalan -

frame untuk gambar pasport anda!