think together

sebenarnya dalam hidup ne, apa yang nak kita capai?
duit berjuta? kawan sejati? cinta hakiki? impian dan cita2? 
puaskah hati dengan kehidupan sekarang?
atau masih terasa kosong di hati?
hidup ne cuma sementara,
masuk pintu depan, kluar pintu belakang,
or,
jarak waktu antara azan berkumandang dan solat di tunaikan..
cuma sebentar,
apakah hari esok akan ada lagi?
yakinkah sesaat lagi akan kita lalui?
dalam dunia ne,
cuma ada dua jalan.
baik dan buruk,
kita yang menentukan,
kita percaya pada syaitan,
kita percaya pada neraka,
tapi mengapa hati masih mahu ikut jalan bengkang itu?
kita percaya pada syurga,
tapi mengapa hati masih berkeras tidak mahu tempuhi jalan lurus itu?
syurga tidak semudah yang kita impikan,
ingat, sebab kita islam,
kita boleh free je dapat syurga?
mentang2 Allah itu Maha pengasih,
suka2 nak taubat akhir hidup?
ingat, dengan pahala yang sekangkang kera tu
boleh tanggung dosa yang bertimbun?
bangunlah,
kita tak lama di sini.
cuma sebentar...
cuma sebentar...
cuma sebentar...

Comments

Popular posts from this blog

BANGKIT - menikmati kegagalan -

frame untuk gambar pasport anda!